Isnin, 29 Mei 2017

Wargaming Berkolaborasi dengan MSI

MSI dan Wargaming akan mengeluarkan laptop gaming eksklusif iaitu GP62M World of Tanks Edition dalam jumlah terhad sebanyak 5000 unit sahaja dan tidak pasti sama ada ia dibawa masuk untuk pasaran Malaysia. Model asal Laptop ini adalah MSI GP62M dan ia sudah lama dipasaran Malaysia berharga RM4,489.00 rujukan dari techhypermart.com

MSI GP62M World of Tanks Edition akan mula dijual pada bulan Jun 2017. Sebagai bonus membeli model laptop tersebut ,anda akan dapat kereta kebal IS-2, 2000 emas dan 60 hari akuan premium. Untuk melihat maklumat lanjut boleh lihat di link tersebut https://www.msi.com/Promotion/GP62M_WOT_edition 


Ini bukan kali pertama Wargaming dan MSI berkolaborasi. Pada tahun 2011 Wargaming dan MSI telah mengeluarkan laptop pertama edisi terhad iaitu MSI GE620DX t-34 Limited Edition.

Sumber Website MSI